Sembahyang Di New York
Masyaallah, Muslim di New York ini sembahyang di atas teksi.
—- New York yang dikenal sebagai “Big Apple” adalah salah satu kota terbesar di dunia.
Di kota yang tidak pernah tidur ini, menurut tokoh Muslim New York, Robert Jackson, populasi umat Islam sudah mencapai 800 ribu jiwa.
Komuniti Muslim di New York yang berasal dari pelbagai negara Islam, seperti Pakistan, India, Bangladesh, Indonesia, banyak yang menjadi pemandu teksi.
Namun begitu kesibukan kota New York tidak membuatkan pemandu teksi yang beragama Islam melupakan kewajibannya untuk menunaikan ibadah solat.
Pemandu teksi ini, contohnya, memilih untuk solat di atas teksi. Almaklumlah di sana bukan mudah nak cari surau ataupun masjid.
Bagaimana dengan anda?! hidup selalu aman, di negara Islam, masjid dan surau bersepah-sepah, selesa,berair-cond lagi. Janganlah meninggalkan solat.
No comments:
Post a Comment